Dancing Bunny

Hello!

Hello!Welcome to my simple triple blog. thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow :) MUSIC HERE!!
Tagboard!




Big Claps

Template: Iwani Johana
Freebies:Atiqah
Editor: Atika Azman
Other: Mr. youtube, Mr. Google
Kiamat Sudah Hampir


Tanda Kiamat Sudah Hampir Beserta Bukti Yang Terjadi  

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

~ dah jadi dah… ~

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim

~ dah nampak dah sekarang… ~

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi-penyanyi wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik dan banyak lagi… ~

4) Menghias masjid & membanggakannya.
`Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah… ~

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada ibu/ayah sebab malu… ~

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa para ulama’ yang tinggal… ~

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & di Malaysia pun ada (tak tau lah siapa agaknya)… ~

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama Islam pun tidak bertegur sapa… ~

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
 ‘Di antara tanda-tanda telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’. - Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..) ~

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung ( membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tidak percaya cuba tengok… ~

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah-majalah yang popular sekarang ni… ~

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq… ~

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai’- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kena banjir… ~


Older Post | Newer Post